Monday, 7 November 2011

Sunday, 6 November 2011

PELAKSANAAN SOFT-LANDING PPSMI

Kenyataan akhbar oleh YAB Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Pelajaran mengenai pelaksanaan soft-landing PPSMI.

Klik di sini

Pelajar PPSMI diberi pilihan teruskan dalam BI

6:32PM Nov 4, 2011 
Beliau berkata kajian menunjukkan kurang lima peratus daripada jumlah kelas di 7,495 buah sekolah rendah menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains.

"Manakala di peringkat sekolah menengah, kurang sembilan peratus daripada jumlah kelas di 2,192 buah sekolah menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains.
"Dapatan kajian ini membuktikan bahawa PPSMI tidak dapat dilaksanakan sepertimana yang dihasratkan," katanya.

Menurutnya, hasil kajian lapangan yang dijalankan kementerian menunjukkan pengalaman guru dan amalan di bilik darjah serta temu bual dengan murid-murid mendapati murid sukar memahami mata pelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris.

"Pemansuhan PPSMI tidak bermakna kerajaan mengabaikan kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris," katanya.

Untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid, Muhyiddin berkata pelbagai inisiatif baru dan lebih efektif sedang dilaksanakan di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Antara inisiatif itu, katanya ialah penambahan masa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris, penambahbaikan kurikulum Bahasa Inggeris di bawah pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan daripada segi penyediaan guru.

Inisiatif lain termasuk pengambilan penutur jati bagi meningkatkan kapasiti pensyarah dan guru Bahasa Inggeris, penyediaan bahan sokongan berkualiti seperti bahan bacaan tambahan dan bahan digital bagi menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, katanya.

- Bernama

Pemansuhan PPSMI sekolah rendah 2016, sekolah menengah 2021

2011/11/04

PUTRAJAYA: Kabinet hari ini memutuskan pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) kekal dan kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan semula PPSMI seperti dituntut sesetengah pihak.

Menurut kenyataan yang diedarkan kepada media, berkata PPSMI di sekolah rendah akan dilaksanakan dalam Bahasa Melayu sepenuhnya pada 2016, manakala di sekolah menengah bagi kedua-dua mata pelajaran itu pada 2021.

Sekolah Tak dibenar Pilih BI Ajar Matematik/Sains

Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata pihak kementerian itu tidak akan membenarkan sekolah memilih bahasa untuk pengajaran matematik dan sains kerana ini akan menyukarkan keadaan.

Menurut Muhyiddin, menyediakan pilihan akan menimbulkan masalah dalam perancangan.
Katanya, jika sekolah dibenarkan membuat pilihan, keadaan akan menjadi kucar-kacir dalam sistem pendidikan.
Beliau yang juga timbalan perdana menteri berkata, adalah sukar bagi kementerian untuk menyediakan guru jika sekolah memilih untuk mengajar dalam bahasa Inggeris, atau dalam Bahasa Melayu.
Kumpulan pendesak yang terdiri daripada ibu bapa meminta kerajaan membenarkan sekolah memilih bahasa pengantar bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut berikut perubahan dasar untuk kembali mengajar dalam Bahasa Malaysia.
Sementara itu, Bernama melaporkan Muhyiddin berkata, keputusan kerajaan untuk memperkenalkan dasar Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) harus dihormati dan diterima baik semua pihak.
Katanya, ini kerana sistem pendidikan negara akan menjadi kucar-kacir sekiranya kerajaan memberi kebebasan kepada ibu bapa memilih bahasa pengantar untuk anak-anak mereka mempelajari sains dan matematik di sekolah.
“Sukar bagi Kementerian Pelajaran untuk merancang cara bagaimana sebuah sekolah mahukan bahasa Inggeris, manakala yang sebuah lagi mahukan bahasa Melayu dan bagaimana pula untuk menyediakan guru-gurunya.
“Pada hari ini kita tahu sesetengah guru bahasa Inggeris kita pun tidak berapa cekap…jadi kalau sesetengah sekolah nak bahasa Inggeris (tetapi) sekolah itu tidak mempunyai guru Bahasa Inggeris yang baik (maka) ia tidak akan tercapai,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu VIII di ibunegara hari ini.
Muhyiddin yang juga menteri pelajaran memberi jaminan bahawa kepentingan penguasaan bahasa Inggeris tidak akan diketepikan setelah PPSMI dimansuhkan.
“Kita sedar mungkin sebahagian daripada mereka itu menghendaki supaya kita tidak mengetepikan bahasa Inggeris…mereka punya kebimbangan kalau perubahan dasar ini bermakna bahasa Inggeris itu tidak diberikan perhatian.
“Sebab itu kita ubah dari PPSMI kepada MBMMBI kerana kedua-duanya ada… bahasa Melayu untuk kita martabatkan dan bahasa Inggeris untuk kita perkukuhkan,” katanya.
Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE) sebelum ini mendesak kerajaan agar mengekalkan PPSMI dengan mendakwa bahawa ramai kalangan ibu bapa mahu supaya PPSMI terus dikekalkan atau memberi pilihan kepada ibu bapa yang masih mahu mengekalkan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris bagi anak-anak mereka.
Muhyiddin juga percaya dasar MBMMBI yang dilaksanakan mulai tahun ini bagi murid Tahun 1 melalui pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu itu akan membuahkan hasil dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
“Saya telah perkenalkan beberapa inisiatif, contohnya kita sudah ubah kurikulum pembelajaran bahasa Inggeris di sekolah-sekolah secara yang lebih menarik, lebih berkesan dan kita sudah tambah waktu pembelajarannya daripada 240 minit kepada 300 minit seminggu.
“Kemudian kita bawa masuk guru-guru penutur jati yang sudahpun ditempatkan di seluruh negara sebagai ‘Master Teacher’. Pendekatan ini dilihat amat berkesan kerana mereka memantau guru-guru yang mengajar bahasa Inggeris di sekolah-sekolah di seluruh negara.
“Kita juga melatih lebih ramai guru di Institut Perguruan Malaysia iaitu jumlahnya 10,000 guru yang nanti akan membimbing pembelajaran dalam bahasa Inggeris,” katanya.

Sumber: Malaysiakini |29/10/2011|

Takwin Cuti Sekolah & Cuti Umum 2012

Klik di sini

Cuti Peristiwa dan Cuti Berganti 2012

Klik di sini

Takwim Penggal Persekolahan 2012

Klik di sini

Pembekuan Pelantikan Ke Gred DG41 Bagi Guru-Guru PJJ

Klik di sini

Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam SBPA


« on: October 14, 2011, 09:02:01 PM »

Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan mula dihebahkan di Portal JPA setelah Rang Undang-Undang Perbekalan Bagi Bajet 2012 diluluskan oleh Parlimen.

Sumber : Portal JPA

Maklumat Persidangan DEWAN RAKYAT 
Yang Ke: KEDUA BELAS 
Penggal: KEEMPAT 
Mesyuarat: KETIGA 
Tarikh:3 Oct 2011  hingga 1 Dec 2011 

Gaji Cikgu Dalam SBPA

Ni gaji DG 48 mengikut idea dari Cikgu Midi.                            
  T14 = T1 + (14-1) d
8710 = 4786.37 + 13d
d = (8710 - 4789.37) / 13  
d = RM 301.818


Ni gaji DG 44.....
 d x 0.3504 = b
301.818 - b = d
d = 301.818 - (a x 0.3504)
d x 1.3504 = 301.81
d = 301.818 / 1.3504
d = RM 223.50


Ni pulak Gaji DG 41......
Untuk T1 hingga T17:                
d x 1.2253 = b
301.818 - b = d
d = 301.818 / 2.225
d = RM 135.63




sumber: http://amanarab.blogspot.com/2011/10/konspirasi-ke-2-gaji-cikgu-dalam-sistem.html

Air Terjun Tercantik Di Dunia

“Dan Kami turunkan air dari langit menurut suatu ukuran, lalu Kami jadikan air itu menetap di bumi, dan sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa menghilangkannya. Lalu dengan air itu, Kami tumbuhkan untuk kamu kebun-kebun kurma dan anggur, di dalam kebun-kebun itu kamu perolehi buah-buahan yang banyak dan sebahagian dari buah-buahan itu kamu makan.”
Surah al-Mu’minun (18-19).
Air Terjun Niagara terletak di sempadan Canada dan USA. Walaupun bukan dalam kategori tertinggi atau terlebar, namun ia dianggap air terjun tercantik terdapat di mukabumi. Menjadi tarikan pelancong paling popular, Air Terjun Niagara juga dikenali sebagai “Honeymoon Capital of the World”.
Dengan ketinggian 979 meter, Air Terjun Angel di Venezuela merupakan air terjun paling tinggi di dunia. Memandangkan tiada perhubungan jalanraya, ia hanya dapat dilawati dengan menggunakan bot atau ekspedisi berjalan-kaki.
Salah satu air terjun paling hebat dan indah, Iguazu Falls terletak di antara sempadan Brazil dan Argentina. Ia terdiri dari 275 buah air terjun yang terpisah antara satu sama lain sepanjang 2.5 batu dengan ketinggian 269 kaki.
Menjadi tarikan utama pelancong ke benua Afrika, Air Terjun Victoria adalah antara paling cantik di dunia. Airnya yang menderu turun membasahi hutan hijau berserta kehadiran hidupan liar menimbulkan satu pemandangan yang mengasyikkan.
Air terjun terbesar di benua Eropah dan tercantik di Iceland, Gullfoss Falls menjadi bualan dalam cerita dan misteri masyarakat tempatan. Ia juga punca pembentukan ‘Golden Circle’, tempat di mana terdapat kumpulan geiser (pancutan air panas) dan kolam air panas yang menjadi tumpuan pelancong.
Sesuai dengan namanya, Upside Down Falls yang terletak di Gunung Konahuanu, pulau Oahu, Hawaii sangat unik. Ini kerana apabila menerima hujan yang mencukupi, air terjunnya hanya sempat turun beberapa meter sahaja. Angin kencang di kawasan gunung akan meniup air yang turun ke bawah menjadi titisan kecil berterbangan ke atas.
Berkemungkinan paling kerap dikunjungi, malah tercantik di Asia, Nachi Falls merupakan sebahagian dari 48 rangkaian air terjun yang mengalir deras dari Gunung Nachi, Jepun. Dengan ketinggian 400 kaki, ia juga menjadi air terjun tertinggi di negara matahari terbit tersebut.
Kerap dipaparkan dalam poskad sebagai tarikan destinasi pelancongan benua Eropah, keindahan Giessbach Waterfalls di Switzerland kekal popular hingga ke hari ini. Pemandangan bertambah indah bila ia dikelilingi oleh tasik berair jernih bak kristal dan gunung ganang yang diliputi salji.
Lower Falls berada di tepi sungai Yellowstone dalam kawasan terkenal Grand Canyon, USA. Dengan dikelilingi oleh batu-batu gunung berapi dan kawasan pergunungan, ia menawarkan pemandangan yang cukup indah.
Aspat River Falls terletak di kawasan iklim sejuk daerah Kodar, Russia. Pengunjung yang datang ke sini akan terpukau dengan keindahan rupabentuk air terjunnya. Kerana memiliki permukaan cerun yang curam, Stalin pernah mendirikan kem tahanan di sekitar kawasan tersebut.